Dua entry jalan-jalan cari pasar sebelum ini adalah di negeri Sabah, negeri di bawah bayu. Kali ini kita ke Besut, Terengganu pulak. Perjalanan ke Besut melalui Lebuhraya Pantai Timur 2 mengambil masa hampir 6 jam perjalanan berkereta. Untuk sampai ke Besut, akan melalui daerah Setiu terlebih dahulu.
Besut merupakan daerah yang terletak di utara negeri Terengganu. Ia bersempadan dengan negeri Kelantan di utara, daerah Setiu di selatan dan Laut China Selatan di timur. Ibu daerah Besut ialah Jerteh. Penduduk Besut bertutur dalam bahasa Melayu loghat Kelantan.Dan ada juga sebahagian kecil penduduk Besut bertutur dalam bahasa melayu loghat Terengganu. (sumber: Wikipedia Bahasa Melayu)
Pasar Tani Kekal di Kampung Nyiur Tujuh, Besut antara pasar-pasar di daerah Besut yang sempat disinggah. Pasar ni terletak betul-betul bersebelahan dengan Masjid Kampung Nyiur Tujuh yang sedang dalam pembinaan. Pasar Tani Kekal dibawah kelolaan FAMA Daerah Besut ini baru sahaja dibuka dan masih dalam peringkat berkenal-kenalan dengan penduduk berdekatan.
 |
Bangunan Pasar Tani Kekal dari pandangan sisi |
 |
Banner pembukaan Pasar Tani Kekal |
 |
Masjid Kampung Nyiur Tujuh yang masih dalam pembinaan |
Kebetulan semasa ke Besut penghujung bulan Januari tu, musim hujan dan ada beberapa kawasan di daerah Besut telah dinaiki air. FAMA telah mengambil inisiatif membuat jualan produk-produk segar terpilih sempena pasca banjir dengan penjimatan harga antara 5-20% bagi membantu penduduk-penduduk yang terlibat dengan banjir.
 |
Bunting jualan produk segar terpilih pasca banjir |
Pasar Tani Kekal (PTK) ini dibuka setiap hari dari jam 7.00 pagi sehingga 7.00 malam. Selain jualan sayur-sayuran, ikan laut, ayam, daging, buah-buahan dan barangan runcit, di PTK ini juga terdapat medan selera. Pengunjung yang datang boleh menjamu selera atau berehat sementara menunggu isteri berbelanja.
 |
Medan selera PTK Nyiur Tujuh -sedap bakso di sini.. |
 |
Jualan ikan laut pada harga berpatutan |
Walaupun baru beberapa hari dibuka, sambutan dari penduduk setempat amat menggalakkan. Cuma pandangan peribadi penulis, peniaga-peniaga perlu menambahkan kuantiti jualan supaya lebih meriah dan memberi lebih banyak pilihan kepada pembeli.
Yang menariknya di pasar ni, dapat belajar nama-nama tempatan beberapa jenis ikan laut yang dijual
 |
Ikan Lolong @ikan mata Uji Rashid |
 |
Ikan Lecek@ikan selar |
 |
Ikan Khogan@ikan cencaru@jaket |
 |
Ikan Aya@ikan tongkol |
 |
Ikan muduk@ikan nyok2 |
 |
Siput sedut pun ada |
No comments:
Post a Comment