Thursday 22 December 2016

Pasar Tani Tamu Keningau Sabah


Negeri Sabah selain daripada terkenal dengan keindahan alam juga terkenal dengan Pasar Tamunya..Di setiap daerah pasti ada Tamu. Tamu bukan sekadar sebagai tempat untuk memasarkan produk hasil tani tetapi juga merupakan satu institusi yang menghubungkan masyarakat bandar dan desa .Tamu juga merupakan satu tempat pertemuan diantara petani dan pengguna untuk mendapatkan pelbagai produk hasil tani keluaran tempatan dari jenis sayur-sayuran,buah-buahan,kraftangan,ikan sungai hinggalah kepada hasil makanan eksotik yang tidak terdapat dalam pasaran biasa.


KENINGAU merupakan salah satu daerah di dalam negeri Sabah. Daerah Keningau terletak 131 km dari Kota Kinabalu . Perjalanan melalui jalan darat dari Kota Kinabalu ke Keningau mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah samada melalui Kimanis dengan merentasi Banjaran Crocker ataupun melalui Tambunan. Daerah ini terkenal dengan produk kraftangannya seperti bakul rotan dan pelbagai lagi yang dihasilkan oleh penduduk setempat terutama dari etnik Kadazandusun.. Satu ketika dahulu, Keningau merupakan pengeluar utama kulit kayu manis. Asal usul nama Keningau juga berasal dari Pokok Kulit kayu manis yang dikenali sebagai “kulit kayu manis Koningou” atau pokok Koningau .


TAMU Ground Keningau beroperasi pada setiap hari Ahad dan Khamis pada jam 6.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Tamu ini telah bermula sejak tahun 60an lagi .Tamu Keningau telah dirasmikan pada tahun 2001. Pada penghujung tahun 2015, tapak Tamu Ground telah dinaiktaraf dan semua peniaga telah berpindah masuk ke dalam bangunan Tamu dan dinamakan Pasar Tani Tamu Keningau. Walaupun peniaga berniaga di dalam bangunan baru yang lebih selesa dan tersedia kemudahan asas yang sempurna, namun begitu ciri-ciri Tamu masih dikekalkan.



Tamu Besar Keningau pada tahun 60-an

Kawasan sekitar Tamu Keningau pada tahun 60-an

Batu tanda di tapak Tamu Ground Keningau

Suasana Tamu Keningau sebelum dinaiktaraf

Jualan ikan basah Tamu Keningau sebelum dinaiktaraf

Jualan beras kampung di tapak Tamu sebelum dinaiktaraf

Produk hasil tangan di tapak Tamu sebelum dinaiktaraf



Ayam proses di meja jualan sebelum dinaiktaraf


Tembakau kampung di jual di tapak Tamu sebelum dinaiktaraf

Papan tanda Pasar Tani Tamu Keningau di bangunan Tamu

Peniaga Tamu di bangunan baru


Meja khas dibangunan Tamu untuk peniaga ikan basah
Ayam proses dijual dimeja khas yang disediakan lebih bersih dan teratur

pelbagai sayur kampung yang dijual


hasil kraftangan penduduk setempat

Beras kampung -salah satu hasil pertanian utama di daerah Keningau

susun atur jualan peniaga lebih teratur dan kemas

Belut - tak mahal..RM10 je satu plastik

Kulit kayu manis -buah tangan yang mesti dibawa balik dari Keningau

Bakul kraftangan penduduk etnik Kadazan dusun


Jeruk Tuhau -makanan tempatan yang mesti dicuba
Bunga kantan dan tuhau -sejenis sayuran kampung


Wednesday 9 March 2016

Mukadimah

Mengunjungi pasar terbuka seperti Pasar Tani, Pasar Malam, Pasar Minggu, Tamu dan lain-lain pasar telah lama menjadi budaya dan tradisi masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Walaupun kompleks membeli belah moden tumbuh bagai cendawan selepas hujan, namun, orang kita tetap suka ke pasar-pasar terbuka..kadang-kadang menjadi WAJIB bila hanya di pasar itu sahaja boleh dapat apa yang diingini.

Blog ini akan menceritakan pengalaman yang di dapati semasa penulis ke pasar-pasar terbuka di seluruh Malaysia...catatan akan disertakan gambar-gambar menarik yang berbeza di setiap pasar yang dikunjungi.

Nantikan entry seterusnya..:)


Gambar hiasan- Suasana di Pasar Tani Jumaat, Pasar Komuniti Mersing, Johor yang sempat dicandid :)


Kesegaran yang menjanjikan kemanisan rasanya
Pelbagai jenis buah segar yang boleh didapati disini
Kesegaran yang dibawa terus dari ladang
Hanya yang terbaik dijual
Durian Belanda???RARE!!!
Peragaan yang menarik
Kecur lidah tengok

OK! jarang tengok lot jualan basah sebersih ni!! salute kat brade ni

Hati-hati bang. Terbakar hati


Lebih kurang 20 lot gerai yang menjual pakaian disini. Rambang mata bang

Dengar citer, tempat ni pn boleh digunakan untuk aktiviti kemasyarakatan





Alamak..oppsss....makcik ni trnampak lak kita tgh ambik gambar :)



OK...last sekali, ini la Pasar Komuniti Mersing tanpa hari operasi. difahamkan pasar tani dia beroperasi setiap hari Jumaat start 3.00 ptg  sampai 9.00 mlm. so yg nak rase g pasa mcm stail shoppg mall, boleh la dtg sini ye
https://www.google.com.my/maps/place/Pasar+Komuniti+Mersing,+Johor/@2.4375854,103.8365829,17z/data=!3m1!4b1!4m5!3m4!1s0x31c54b90adb39e13:0xff09ba99f56fa482!8m2!3d2.4375854!4d103.8387716?hl=en