Thursday 16 February 2017

Pasar Tani Kekal Kampung Nyiur Tujuh, Besut, Terengganu

Dua entry jalan-jalan cari pasar sebelum ini adalah di negeri Sabah, negeri di bawah bayu. Kali ini kita ke Besut, Terengganu pulak. Perjalanan ke Besut melalui Lebuhraya Pantai Timur 2 mengambil masa hampir 6 jam perjalanan berkereta. Untuk sampai ke Besut, akan melalui daerah Setiu terlebih dahulu. 


Besut merupakan daerah yang terletak di utara negeri Terengganu. Ia bersempadan dengan negeri Kelantan di utara, daerah Setiu di selatan dan Laut China Selatan di timur. Ibu daerah Besut ialah Jerteh. Penduduk Besut bertutur dalam bahasa Melayu loghat Kelantan.Dan ada juga sebahagian kecil penduduk Besut bertutur dalam bahasa melayu loghat Terengganu. (sumber: Wikipedia Bahasa Melayu)

Pasar Tani Kekal di Kampung Nyiur Tujuh, Besut antara pasar-pasar di daerah Besut yang sempat disinggah. Pasar ni terletak betul-betul bersebelahan dengan Masjid Kampung Nyiur Tujuh yang sedang dalam pembinaan. Pasar Tani Kekal dibawah kelolaan FAMA Daerah Besut ini baru sahaja dibuka dan masih dalam peringkat berkenal-kenalan dengan penduduk berdekatan.






Bangunan Pasar Tani Kekal dari pandangan sisi

Banner pembukaan Pasar Tani Kekal


Masjid Kampung Nyiur Tujuh yang masih dalam pembinaan

Kebetulan semasa ke Besut penghujung bulan Januari tu, musim hujan dan ada beberapa kawasan di daerah Besut telah dinaiki air. FAMA telah mengambil inisiatif membuat jualan produk-produk segar terpilih sempena pasca banjir dengan penjimatan harga antara 5-20% bagi membantu penduduk-penduduk yang terlibat dengan banjir.

Bunting jualan produk segar terpilih pasca banjir

Pasar Tani Kekal (PTK) ini dibuka setiap hari dari jam 7.00 pagi sehingga 7.00 malam. Selain jualan sayur-sayuran, ikan laut, ayam, daging, buah-buahan dan barangan runcit, di PTK ini juga terdapat medan selera. Pengunjung yang datang boleh menjamu selera atau berehat sementara menunggu isteri berbelanja. 



Medan selera PTK Nyiur Tujuh -sedap bakso di sini..


Jualan ikan laut pada harga berpatutan





 

Walaupun baru beberapa hari dibuka, sambutan dari penduduk setempat amat menggalakkan. Cuma pandangan peribadi penulis, peniaga-peniaga perlu menambahkan kuantiti jualan supaya lebih meriah dan memberi lebih banyak pilihan kepada pembeli.

Yang menariknya di pasar ni, dapat belajar nama-nama tempatan beberapa jenis ikan laut yang dijual 


Ikan Lolong @ikan mata Uji Rashid

Ikan Lecek@ikan selar

Ikan Khogan@ikan cencaru@jaket

Ikan Aya@ikan tongkol

Ikan muduk@ikan nyok2


Siput sedut pun ada












Wednesday 15 February 2017

Pasar Umum Sandakan , Sabah



Kali ni berkesempatan ke Sandakan pulak. Misi jalan-jalan ke pasar tetap diteruskan. Jom, kita tengok apa yang ada di Pasar Umum Sandakan ni..

Jualan sayur

antara produk tempatan yang dijual

Ayam di balut plastik setiap ekor-patut la pasar ni takde lalat
Jualan daging sapi-daging di gantung di dalam satu tempat khas tertutup


daging lembu@sapi..dijamin bersih 

Wajib beli ni-ole-ole dari Sandakan

Pasar Umum Sandakan terletak di pusat bandar Sandakan. Selain jualan sayur-sayuran, ayam, daging lembu dan produk-produk kering seperti bilis, ikan masin dan udang kering, pasar ini juga bersambung dengan pasar jualan hasil laut. Ikan, udang, ketam dan lain-lain hasil laut semuanya segar-segar kerana jeti nelayannya berdekatan dengan pasar umum.

View jeti nelayan di ambil dari Pasar Sandakan

Ikan segar yang murah-murah je harganya

Ketam dan udang

Kerang bersaiz super besar

Sembilang
Pasar Umum Sandakan ni ada tiga tingkat, pasar jualan sayur dan ikan di tingkat bawah, tingkat satu ada pasar gantung. Pasar gantung menjual pakaian, aksesori wanita, kosmetik, kasut dan hiasan rumah. Banyak pilihan, harga boleh tawar menawar sehingga puas hati.
Medan selera pun ada di tingkat ini kalau nak mencuba coto makassar, makanan tradisi di sini ,cubalah!
Suasana di Pasar gantung



Coto Makassar-gambar bukan dari medan selera Pasar Sandakan ye

Waktu pergi ke Pasar Sandakan tu dah hampir tengahari, sempatlah snap beberapa gambar view laut dari atas bangunan pasar..



Ok, dah boleh balik dah..dapat dah semua yang dicari..:)



Sekadar ingatan, beli barangan yang dijual terang-terangan je ye..yang tak dibenarkan jangan cuba-cuba cari..hihi

Thursday 22 December 2016

Pasar Tani Tamu Keningau Sabah


Negeri Sabah selain daripada terkenal dengan keindahan alam juga terkenal dengan Pasar Tamunya..Di setiap daerah pasti ada Tamu. Tamu bukan sekadar sebagai tempat untuk memasarkan produk hasil tani tetapi juga merupakan satu institusi yang menghubungkan masyarakat bandar dan desa .Tamu juga merupakan satu tempat pertemuan diantara petani dan pengguna untuk mendapatkan pelbagai produk hasil tani keluaran tempatan dari jenis sayur-sayuran,buah-buahan,kraftangan,ikan sungai hinggalah kepada hasil makanan eksotik yang tidak terdapat dalam pasaran biasa.


KENINGAU merupakan salah satu daerah di dalam negeri Sabah. Daerah Keningau terletak 131 km dari Kota Kinabalu . Perjalanan melalui jalan darat dari Kota Kinabalu ke Keningau mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah samada melalui Kimanis dengan merentasi Banjaran Crocker ataupun melalui Tambunan. Daerah ini terkenal dengan produk kraftangannya seperti bakul rotan dan pelbagai lagi yang dihasilkan oleh penduduk setempat terutama dari etnik Kadazandusun.. Satu ketika dahulu, Keningau merupakan pengeluar utama kulit kayu manis. Asal usul nama Keningau juga berasal dari Pokok Kulit kayu manis yang dikenali sebagai “kulit kayu manis Koningou” atau pokok Koningau .


TAMU Ground Keningau beroperasi pada setiap hari Ahad dan Khamis pada jam 6.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Tamu ini telah bermula sejak tahun 60an lagi .Tamu Keningau telah dirasmikan pada tahun 2001. Pada penghujung tahun 2015, tapak Tamu Ground telah dinaiktaraf dan semua peniaga telah berpindah masuk ke dalam bangunan Tamu dan dinamakan Pasar Tani Tamu Keningau. Walaupun peniaga berniaga di dalam bangunan baru yang lebih selesa dan tersedia kemudahan asas yang sempurna, namun begitu ciri-ciri Tamu masih dikekalkan.



Tamu Besar Keningau pada tahun 60-an

Kawasan sekitar Tamu Keningau pada tahun 60-an

Batu tanda di tapak Tamu Ground Keningau

Suasana Tamu Keningau sebelum dinaiktaraf

Jualan ikan basah Tamu Keningau sebelum dinaiktaraf

Jualan beras kampung di tapak Tamu sebelum dinaiktaraf

Produk hasil tangan di tapak Tamu sebelum dinaiktaraf



Ayam proses di meja jualan sebelum dinaiktaraf


Tembakau kampung di jual di tapak Tamu sebelum dinaiktaraf

Papan tanda Pasar Tani Tamu Keningau di bangunan Tamu

Peniaga Tamu di bangunan baru


Meja khas dibangunan Tamu untuk peniaga ikan basah
Ayam proses dijual dimeja khas yang disediakan lebih bersih dan teratur

pelbagai sayur kampung yang dijual


hasil kraftangan penduduk setempat

Beras kampung -salah satu hasil pertanian utama di daerah Keningau

susun atur jualan peniaga lebih teratur dan kemas

Belut - tak mahal..RM10 je satu plastik

Kulit kayu manis -buah tangan yang mesti dibawa balik dari Keningau

Bakul kraftangan penduduk etnik Kadazan dusun


Jeruk Tuhau -makanan tempatan yang mesti dicuba
Bunga kantan dan tuhau -sejenis sayuran kampung