Kali ni berkesempatan ke Sandakan pulak. Misi jalan-jalan ke pasar tetap diteruskan. Jom, kita tengok apa yang ada di Pasar Umum Sandakan ni..
|
Jualan sayur |
|
antara produk tempatan yang dijual |
|
Ayam di balut plastik setiap ekor-patut la pasar ni takde lalat |
|
Jualan daging sapi-daging di gantung di dalam satu tempat khas tertutup |
|
daging lembu@sapi..dijamin bersih |
|
Wajib beli ni-ole-ole dari Sandakan |
Pasar Umum Sandakan terletak di pusat bandar Sandakan. Selain jualan sayur-sayuran, ayam, daging lembu dan produk-produk kering seperti bilis, ikan masin dan udang kering, pasar ini juga bersambung dengan pasar jualan hasil laut. Ikan, udang, ketam dan lain-lain hasil laut semuanya segar-segar kerana jeti nelayannya berdekatan dengan pasar umum.
|
View jeti nelayan di ambil dari Pasar Sandakan |
|
Ikan segar yang murah-murah je harganya |
|
Ketam dan udang |
|
Kerang bersaiz super besar |
|
Sembilang |
Pasar Umum Sandakan ni ada tiga tingkat, pasar jualan sayur dan ikan di tingkat bawah, tingkat satu ada pasar gantung. Pasar gantung menjual pakaian, aksesori wanita, kosmetik, kasut dan hiasan rumah. Banyak pilihan, harga boleh tawar menawar sehingga puas hati.
Medan selera pun ada di tingkat ini kalau nak mencuba coto makassar, makanan tradisi di sini ,cubalah!
|
Suasana di Pasar gantung |
|
Coto Makassar-gambar bukan dari medan selera Pasar Sandakan ye |
Waktu pergi ke Pasar Sandakan tu dah hampir tengahari, sempatlah snap beberapa gambar view laut dari atas bangunan pasar..
Ok, dah boleh balik dah..dapat dah semua yang dicari..:)
Sekadar ingatan, beli barangan yang dijual terang-terangan je ye..yang tak dibenarkan jangan cuba-cuba cari..hihi